Alhamdulillah....Setelah mngajar di SMKPK (Pulau Ketam) selama hampir 2 bulan...aku diterima menjadi pelajar di UNIVERSITI PENDIDIKAN TANJUNG MALIM (UPSI)...Gembira tak terkata...Hanya 2 perkataan yang mampu aku ungkapkan.....
"ALhamdulillah"
"Syukur"
Berkat kesabaran dan doa ibu bapaku....aku dapat meneruskan pengajian ku untuk menjadi seorang guru. :)
Impian ku semakin hampir...insyaALLAH kalau diizinkan ALLAH aku akan meneruskan cita-citaku hingga aku dapat mengembirakan orang lain...:)
So, dalam pada itu aku sibuk membuat persiapan tuk mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar di UPSI.
CHECKLIST PENDAFTARAN:
*Sijil Asal
*Sijil Fotostat
*I/C
*Gambar Pasport
*Check-up
*Borang butiran diri
*Borang Kesihatan pelajar
*Borang Nikah (Opps....yang ni tak termasuk dalam checklist pendaftraan oke...! belum tiba lagi saat itu C(: )
DONE!!!
Semua task dah settle.....tinggal jasad dan roh saja yang perlu dimantapkan....huh...."Moga-moga aku boleh buat yang terbaik" insyaALLAH....
Sesi pendaftaran pada 4 Julai 2010...ramai sungguh !
terfikir sejenak : ramai produk UPSI...tapi kenapa ada lagi GSTT di Malaysia ni....hmmm..pelik !
pendaftaran macam biasa beratur, bagi borang, isi borang, kemaskini borang dan hantar borang.. task yang biasa berlaku semasa sesi pendaftaran tak kira lah mana-mana universiti pun...hihi :) sampai ke petang jugak lah..penat ! pas daftar pg cari bilik...hmmm..itu pun seminggu je dok kat kolej kediaman UPSI..sebab kami-kami ni TIDAK AKAN diberikan kolej kediaman.....jadi selepas seminggu induksi kami akan berpindah dan carilah rumah-rumah yang berdekatan dengan UPSI...aduuhhhh...
Haa...cakap pasal Induksi...best jugak lah time nie....dapat kenal-kenal dengan kawan-kawan baru..:) dari pelbagai pelusuk negeri....hikhikhik macam-macam ragam dan macam-macam loghat..tu yang best tu...
Inilah tempatnya...yang menghimpunkan kesemua pelajar-pelajar DPLI 201/2011
Dewan SITC (UPSI)
Induksi DPLI 2010/2011
inilah kawan-kawan seperjuangan saya ketika di UPSI...sehingga lah Berpraktikal..hihi
Wahh..masing-masing muka malu-malu lagi....hihihi dah kenal masing-masing kurang malu.... C(:
Deretan wanita-wanita dibawah lindungan kaabah..amin ya robb...:)
Itulah serba sedikit kisah saya ketika melangkah ke UPSI, Tanjung Malim. banyak kenangan telah diukir disana...dalam menjadi sorang bakal pendidik..insyaALLAH....
Dilla (mek klate) , Jilla (gadis Kuala selangor), Nadia (Puan semenyih) & kak reen (marka kedah)..im gonna miss u alls damn much lorh...banyak kenangan yang telah kita semai kat tanjung malim tu..walaupun sekejap tapi macam-macam agenda yang telah kita buat....hehehe
Pahit, manis, tawar, kelat semua adalah..tak terkata...:) walau kita semua jauh, tapi hati mesti dekat deh....
*Next Chapter: Kelas P&P DPLI 2010/2011